pendidikan

PENGURUSAN HEM

PENGURUSAN KOKURIKULUM | PENGURUSAN KURIKULUM | PENGURUSAN HEM

Waktu sekarang ialah

' KECEMERLANGAN MILIK KITA "

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM

Hari ini ialah

Web design tools, Small Website Calendar, ArtDigitalDesign.com

Takwim Pengurusan HEM

INFO HEM

4 Mei 09

Program Hubungan Murid/individu dan kelompok

13 April 09

Program Mentor UPSR

Tindakan: Pen.Kanan Hem dan guru UPSR

Posted in April 8th, 2008

Ketika masalah disiplin semakin meningkat dan bilangan kes mahkamah melibatkan guru bertambah menjadikan jawatan guru disiplin bukanlah sesuatu yang diingini.Ramai guru yang merungut dan tidak berpuas hati dengan mutu disiplin pelajar hari ini, namun lebih ramai yang cuba mengelak daripada menerima jawatan Guru Disiplin. Guru Disiplin merupakan guru yang paling tidak popular di sekolah dan hampir semua pelajar ingin menjauhinya. Tetapi jika seseorang tidak mengambil tanggungjawab ini, siapakah lagi guru yang kita diharapkan. Tidak mungkin sekolah dibiarkan berjalan tanpa kawalan disiplin. Keadaan seperti ini tentulah tidak sepatutnya berlaku. Walaupun seseorang ditugaskan secara rasmi sebagai Guru Disiplin, sepatutnya semua guru menyedari bahawa mereka semua adalah guru disiplin. Sepatutnya guru-guru lebih bersimpati dengan beban tugas yang terpaksa dipikul oleh Guru Disiplin. Simpati mereka boleh ditunjukkan melalui kerjasama yang mereka tunjukkan untuk membantu mengawal disiplin di sekolah. Guru kelas sebagai contoh merupakan guru yang bertanggungjawab menjaga disiplin di dalam kelas masing-masing, di tapak perhimpunan dan semasa roll call. Begitu juga guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang ditetapkan turut memainkan peranan sebagai guru disiplin dalam tempoh 40 atau 80 minit waktu P & P mereka. Guru PJK sewaktu mengajar PJK di padang atau di gelanggang adalah guru disiplin. Begitu juga halnya dengan Guru Kantin mereka adalah guru disiplin sewaktu rehat. Jelasnya semua guru tanpa membezakan jenis dan fungsi mereka adalah guru disiplin. Jika semua guru menggunakan fungsi mereka untuk mengekang masalah disiplin daripada berlaku saya kira tidaklah Guru Disiplin terbeban berseorangan dengan masalah pelajar. Hakcipta Abd Bashid Harun

 Bahagian yang diurus 

RMTS
KWAPM
Pra Sekolah
Disiplin Murid
Insuran Takaful
Kebajikan Guru
Pendaftaran Murid Thn 1
Pendaftaran Ke Tkn. 1
Motivasi UPSR
Rekod Profil Murid
PIBG
Kempen Dan Projek
Pemantauan
Keselamatan
Pembersihan

ast015.gif (1333 bytes)8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah
 
Posted in March 29th, 2008

1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.

3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

preda.jpg 
Hj.Preda Hj.A.Rahman
Pen.Kanan HEM
Mesej dan ucapan penolong kanan HEM
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap sekolah ingin membuat dan menyediakan pengurusan berkesan yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar.

Apa yang difokuskan dalam bahagian ini adalah mempastikan disiplin murid adalah terkawal dan memberikan kesedaran tentang pematuhan peraturan dan undang=undang.

Tidak kurang pentingnya,mempastikan kebajikan semua murid dapat diberikan secara sama rata mengikut latar belakang dalam mendapatkan hak berupa bantuan daripada kerajaan.

Pihak sekolah akan sentiasa mempastikan kesama rataan  dan berlaku adil dalam apa juga keperluan murid termasuk tindakan-tindakan yang melibatkan disiplin.

Pihak sekolah memerluan komitmen dan sokongan ibu bapa dalam semua aspek yang berkaitan dengan keperluan,kebajikan dan bantuan sama ada berbentuk sokongan moral,sumbangan tenaga dan kewangan.

sekian dan terima kasih.

ast015.gif (1333 bytes)  Berita Dan Gambar Aktiviti

Hal Ehwal Murid
 
Hapuskan mitos lama pengajaran berkesan      

Ditulis oleh Anuar Ahmad   

Image TAHUKAH anda terdapat tujuh mitos pengajaran berkesan yang sangat dipercayai oleh kebanyakan guru. Malah di dalam latihan perguruan pun mitos ini diajarkan sebagai ciri-ciri pengajaran yang berkesan. Tujuh mitos itu ialah:

• Mitos Satu: Hanya dendaan akan berjaya mengubah tingkah laku negatif pelajar
• Mitos Dua: Sentiasa memberi peringatan dan amaran akan mengubah tingkah laku pelajar menjadi semakin baik.
• Mitos Tiga: Dengan menerangkan kepada pelajar mengapa sesuatu tingkah laku itu buruk maka pelajar akan berhenti melakukan perbuatan itu. • Mitos Empat: Sentiasa memberi pujian hanya akan merosakkan sikap pelajar
• Mitos Lima: Bila pelajar berjaya melakukan sesuatu buat pertama kalinya maka mereka sudah boleh melakukan sendiri pada masa depan.
• Mitos Enam: Semua pelajar adalah sama. Jika seseorang pelajar boleh berjaya, maka pelajar lain juga sepatutnya boleh berjaya.
• Mitos Tujuh: Pelajar yang gagal disebabkan mereka terlalu manja.

Bermula bulan ini, ruangan Bila Loceng Berbunyi akan menghuraikan setiap mitos itu dengan harapan menjadi panduan tambahan kepada guru supaya pengajaran kita menjadi lebih berkualiti dan memenuhi harapan pelajar. Sebagai guru, kita sentiasa bercita-cita untuk melihat semua pelajar di bawah tanggungjawab kita menjadi pelajar cemerlang. Sama ada kita sudah lama menjadi seorang guru atau baru berkhidmat, cita-cita ini wujud di dalam hati semua guru.

Semasa latihan perguruan di maktab dan universiti dulu kita pernah didedahkan dengan pelbagai petua untuk melaksanakan pengajaran yang cemerlang. Bagaimanapun, perubahan di dalam kehidupan menyebabkan banyak perkara perlu berubah khususnya mengenai cara kita untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Sebagai guru memang sukar untuk kita mengubah apa yang kita amalkan selama ini. Sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan di dalam beberapa jurnal penyelidikan berkaitan sikap pendidik yang sukar untuk mengubah amalan pengajaran selepas lama berkhidmat. Malah semua orang sebenarnya sukar untuk merubah rutin yang dilakukan dalan kehidupan harian mereka. Tanyalah doktor, jurutera, ahli politik atau sesiapa sahaja, jawapannya tentu akan sama sahaja, sukarnya untuk berubah.

ast015.gif (1333 bytes)Prosedur Hukuman
 
Posted in August 5th, 2007

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959

1. Tujuan
1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

2. Latar Belakang
2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.

3. Peruntukan Undang-Undang
3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.”
3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah;

4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.
4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.
4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.
4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.
4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar.
4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan.

5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.
5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.
5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi.
5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.

5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.
5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ).
5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai perkara ini ).
5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.
5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.
5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas.
5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama.
5.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.
5.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.

6. Keperluan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.
6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.

7. Contoh -contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat :
Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan-kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan diteliti :
7.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.
7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.
7.4 Lampiran D :Contoh surat gantung sekolah utk tujuan siasatan hingga tindakan disiplin selesai.
7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai hukuman.
7.6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut peraturan 8
7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman.
7.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin gantung pelajar utk tujuan buang sekolah.
7.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.
7.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima.

8. Penutup
Adalah diharapkan Pengetua dan Guru Besar selepas ini akan dapat menguruskan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dengan lebih kemas dan teratur.

                           ast015.gif (1333 bytes)Pengurusan Berkualiti Menyeluruh

Hal Ehwal Murid

Di Peringkat Sekolah

Peranan Dan Ketrampilan Kerja

                            "You can delegate authority, but not responsibility."

                                                ~ Stephen W. Cominsky

Pendahuluan

Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti sebagai sekolah-sekolah yang cemerlang seperti sekolah berkesan, sekolah bestari, sekolah berwatak, sekolah perdana atau sekolah harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan istimewa daripada pihak-pihak tertentu tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi ke satu tahap yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain.

Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan. Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya.

Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. Sebagai 'ketua' di bidang hal ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah:

  • Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar.

  • Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya.

  • Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain.

  • Pihak lain sebulat suara menganggapnya seorang pemimpin yang berkesan.

Kepemimpinan yang berkesan ialah kebolehan mencapai sebahagian atau semua ciri di atas. Oleh itu setiap dari kita wajar mengetahui dan menghayati beberapa ciri dan aspek yang bersangkutan dalam membentuk dan mewujudkan pengurusan Hal Ehwal Murid yang 'tip-top' di sekolah masing-masing berdasarkan objektif-objektif kertas ini seperti berikut:

  • Mengetahui, memahami "pengurusan" bidang tugas dengan lebih komprehensif.

  • Meningkatkan kesedaran peranan yang dimainkan oleh GPK HEM.

  • Mampu menterjemahkannya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti.

  • Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilna personel.

  • Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan pengurusan Hal Ehwal Murid khasnya.

  • Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya.

Untuk lebih menjamin kejayaan apa jua urusan yang kita hadapi dan tangani jangan lupa aspek SIKAP; yang menentukan kita sedia atau tidak untuk 'berubah'; sedia atau tidak untuk menukar strategi dan pendekatan; dan bersikap optimistik bahawa kita adalah seorang GPK HEM yang lebih berwibawa dan lebih berkesan.

1. Mengetahui, memahami 'pengurusan' bidang tugas dengan lebih komprehensif.

  • Tahu dan faham semua Bidang Tugas , Senarai Tugas dan Pentadbiran  seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) seperti yang disertakan.

  • Kena faham betul-betul istilah "penolong kanan" yakni orang kanan, orang harapan Guru Besar, orang penting dalam heirarki organisasi sekolah dalam urusan hal ehwal murid.

  • Ketahui apa yang dibuat itu tepat dan betul dari segi falsafah, konsep, prinsip dan prosedurnya serta memahami batas-batas dan implikasinya dari segi perundangan dan keharmonian organisasi dan masyarakat setempat.

  • Memiliki salinan-sallinan pekeliling dan siaran-siaran berkaitan Hal Ehwal Murid terutamanya Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas dengan lengkap dan kemaskini serta mudah diakses apabila diperlukan.

  • Sentiasa tingkatkan pengetahuan dan kemahiran, perbaiki kelemahan dan jangan lupa selaku seorang pemimpin hal ehwal murid di sekolah kita tidak boleh menyalahkan guru-guru di bawah kita sebleum kita 'menyalahkan diri sendiri' terlebih dahulu.

2. Meningkatkan kesedaran peranan GPK HEM

  • Sedar bahawa perkataan 'hal ehwal' itu sendiri menunjukkan segala-gala hal mengenai murid di sekolah; semua hal bersangkutan murid dengan agensi-agnsi luar sekolah...adalah 'kerja kita!'

  • Aspek-aspek yang GPK HEM kena bertanggungjawab iaitu disiplin, kaunseling, kebajikan, keselamatan, motivasi, komunikasi dan sebagainya.

  • Kena sedar betapa 'beratnya' peranan yang GPK HEM patut dan boleh mainkan. Seorang GPK HEM berperanan dalam situasi dan keadaan yang berbeza-beza, sebagai seorang; suri teladan, pemudahcara, penyelesai masalah, kaunselor, motivator, idola, jurulatih, instruktor, bahkan sebagai ibu, bapa, abang atau kakak kepada murid-muridnya.

3. Mampu menterjemahnya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti

  • Apa yang diketahui, apa yang difahami tidak cukup dengan mengakuinya sahaja; ia mesti dibuktikan dengan 'kerja-buat' kita berdasarkan ciri-ciri;

               1. sentiasa on-time

               2. sentiasa berkualiti

               3. menampakkan unsur imaginatif, kreatif dan inovatif.

  • Kerja-buat yang dimaksudkan meliputi:

               1. Pelaporan retan, data dan maklumat, banci, diagnosis dan anlisis

               2. Pengelolaan program dan aktiviti berkaitan di sekolah

               3. Penyeliaan, pemantauan serta semakan tindak ikut berhubung RMT/PSS,

                   SPBT, Buku Setok, Rekod dan Fail, Jadual Kedatangan, Buku Daftar Sekolah

                   dan Buku Resit Yuran Khas, Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1),

                   Hapuskira Perabot dan Buku Teks dan lain-lain yang seumpamanya.

               4. Penglibatan Total dalam semua AJK peringkat sekolah, Pasukan Petugas,

                   Program Khas Untuk Guru atau Murid, Majlis dan Upacara, dan sebagai wakil

                   Guru Besar jika diarahkan.

4. Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilan personel

  • Personel yang berwibawa bercirikan:

                i. ilmu pengetahuan & pengalaman

               ii. kemahiran: mengurus dan teknik

              iii. sikap positif: fikir positif dan buat positif

              iv. komunikasi: interpersonal dan intrapersonal

  • Ketrampilan adalah isu pokok berhubung dengan 'bakat' dan 'kebolehan' seseorang ketika menjalankan tugas. Bakat adalah potensi kebolehan, sementara kebolehan adalah pengetahuan dan kemahiran yang sedia dimiliki oleh seseorang.

  • Ketrampilan juga bermakna 'sentiasa ke depan' dalam banyak aspek tidak hanya 'penonton' tetapi  menjadi 'teraju utama' dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.

  • Apabila kita sudah 'boleh' melaksanakan tugas dengan sempurna dan tepat, betul serta kemaskini dan menepati piawaian yang ditentukan barulah kita membuktikan kewibawaan kita dalam bidang di bawah tanggungjawab kita itu tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

5. Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan dalam pengurusan

    Hal Ehwal Murid khasnya.

  • Konsep kualiti secara keseluruhan yang dipamerkan dalam semua aspek di dalam organisasi di mana Hal Ehwal Murid adalah salah satu komponen yang amat penting.

  • Menyeluruh bererti:

              i. semuanya terlibat (sistem, personel, unit, prosedur)

             ii. melibatkan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang

            iii. tidak ada aspek, walau bagaimana kecil sekali pun dibiarkan tanpa ditangani

            iv. diketahui dan difahami oleh seluruh warga organisasi.

  • Tiga prinsip perlu dipatuhi bagi capai kualiti:

         Prinsip 1 : Kualiti ialah sebarang produk atau servis yang memuaskan hati pelanggan.

                          Ia bukan soal lebih baik atau lebih mahal. Ia soal menepati kehendak

                          pengguna. Untuk capai kualiti semua pelanggan (luar dan dalam)

                          organisasi mestilah berpuas hati.

         Prinsip 2:  Standard kerja ialah 'defect free' (tiada kecacatan). Setakat hampir-

                          hampir belum cukup. Untuk capai kualiti setiap orang mesti ada sikap

                          'defect free'  dalam apa sahaja yang dibuat.

         Prinsip 3 : Kualiti diukur dengan 'price of non quality' (PONQ). PONQ ialah apa

                          yang jadi kos kepada organisasi dari segi masa, kewangan atau peluang

                          apabila perkara-perkara tidak dilakukan dengan cara yang paling baik.

  • Tujuh ASAS KUALITI  menyeluruh yang mesti dan perlu dilaksanakan bagi mencapai kualiti menyeluruh di sekolah adalah sebagaimana berikut:

                       Asas # 1 : Menepati Standard

                       Asas # 2 : Mengongsi Visi

                       Asas # 3 : Pencegahan

                       Asas # 4 : Buat Betul Kali Pertama (DIRFT)

                       Asas # 5 : Pengukuran

                       Asas # 6 : Penglibatan Total

                       Asas # 7 ; Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN)

  • Asas # 1 : Menepati Standard dimaksudkan sebagai mencapai standard yang telah ditetapkan serta mempunyai sistem yang dapat memenuhi keperluan klien (pelanggan) yang menjurus kepada; fokus kepada pelajar, boleh dicapai; komunikasi dan persetujuan bersama.

  • Asas # 2 : Mengongsi Visi membawa maksud membina perkongsian padu dalam dan luar sekolah dan tumpuannya kepada keperluan-keperluan, dialog serta usaha-usaha menghapuskan halangan-halanan mencapai penambahbaikan dengan menghapuskan halangan, mengamalkan kesamarataan layanan dan tindakan di dalam dan diluar sistem sekolah bagi mewujudkan faedah bersama.

  • Asas # 3 : Pencegahan membawa pengertian baru di mana perlunya ketrampilan 'mencegah masalah' bukan hanya 'menyelesaikan masalah' dengan jadikan proses-proseseyan boleh ramal, mulakan dengan perancangan, terapkan dan mantapkan bahawa pencegahan adalah sikap dan dengan menambah masa belajar.

  • Asas # 4 : Buat Betul kali Pertama (DIRFT) jadikan ianya satu standard prestasi tunggal dalam semua kerja-buat sama ada kerjaya atau peribadi yang bermaksud tidak ada standard alternatif, buat betul dalam kekmampuan kini serta mengikat keberkesanan dan kecekapan.

  • Asas # 5 : Pengukuran pula bererti dan meliputi mengenalpasti peluang-peluang, membantu tetapkan matlamat penambahbaikan, membantu menetapkan kemajuan, memfokus kepada usaha  penambahbaikan sahaja dan mestilah digunakan dalam aspek operasi melibatkan kualiti program, kecekapanan sekolah, kemajuan projek dan budaya kualiti.

  • Asas # 6 : Penglibatan hendaklah dimaksudkan sebagai satu situasi di mana semua orang dan semua tahap terlibat dalam proses menggarap kualiti menyeluruh ini berdasarkan pasukan kualiti dan penglibatan dicirikan dengan menggembleng sumber utama iaitu manusia, berkongsi dalam membuat keputusan, menghargai 'teamwork' dan akhirnya menimbulkan rasa kepunyaan (sense of ownership)

  • Asas # 7 : Penambahbaikan Berterusan (KAIZEN) yang bererti usaha-usaha menggarap kualiti menyeluruh dilakukan tanpa henti dan tanpa penghujungnya. Oleh itu penambahbaikan berterusan mestilah menghapuskan rasa 'selesa', merupakan kunci dan juga menjadi satu tabiat kejayaan, dapat merangsang inovasi tanpa takut dan tidak kurang pentingnya terhapusnya budaya dan sindrom 'hangat-hangat tahi ayam.'

Indikator menunjukkan kualiti pengurusan wujud dan dihayati:

Aspek ADA;

  • Ada perancangan program dan jadual aktiviti (seperti SKT) berdasarkan tahunan, bulanan, penggal dan mingguan atau harian.

  • Ada instrumen pengesanan boleh merupakan senarai semak (tugas, petugas dan tarikh); pelaporan (perkembangan dan proses); rekod kerja (buku-log, senarai kehadiran, fail khas); penilaian (berkala, berterusan); dan tinddkan (baiki kelemahan dan tidak mengulanginya lagi).

  • Ada Dokumentasi yang dijilid kemas sama ada dalam bentuk buku, risalah, hand-out, buletin, news-letter dan sebagainya. termasuk dalam dokumentasi ini juga gambar foto, flow chart, carta Gantt, carta organisasi dan tidak kurang pentingnya mestilah disokong oleh sistem fail yang kemaskini dan lengkap.

Aspek TIADA;

  • Tiada surat ulangan, teguran atau peringatan yang diterima daripada JPNP, PPD, KWSP, Audit Sekolah dan seumpamanya.

  • Tiada aduan, sungutan dan rungutan daripada pihak-pihak berkepentingan sampai melibatkan media massa.

  • Tiada sebarang kelewatan dalam memberi respon sama ada ianya bersifat rutin atau berkala apatah lagi melibatkan klien terdekat kita iaitu murid dan penjaga mereka.

  • Tiada berlakunya buat kerja dua kali yang melibatkan pembetulan dan menyebabkan pembaziran dari segi sumber, masa dan tenaga.

  • Tiada wujudnya sindrom elak-mengelak dalam menerima tugas dan tanggungjawab atau melaksanakan sebarang tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

  • Tiada 'clique' di sekolah yang menularkan pengaruh-pengaruh negatif dan merosakkan organisasi, masing-masing dengan falsafah "aku-aku", "engkau-engkau" seperti kata perumpamaan Melayu "Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing".

6. Sedia Menghadapi Tugas Yang Lebih Berat

  • Pengetahuan dan pengalaman kerja adalah prasyarat kepada peningkatan prestasi yang dijangkakan apabila seseorang itu memegang jawatan-jawatan naik pangkat dalam kerjanya. Pengetahuan dan pengalaman kerja yang dimaksudkan itu tidak akan diperolehi jika kita tidak didedah, dilatih dan dibimbing dalam kerja-kerja kita sewaktu kita masih di peringkat awal perkhidmatan kita.

  • Mampu menjadi seorang 'ketua' yang bertanggungjawab malah berani menghadapi 'risiko' dalam segala keputusan dan tindakannya. Seorang ketua sejati tidak melepaskan segala-galanya kepada orang-orang bawahannya sahaja. Ingatlah "You can delegate authority, but not responsibility".

  • Mampu berfikir secara rasional berdasarkan prinsip yang betul dalam mengambil sebarang tindakan, tidak terpinga-pinga atau tenggelam punca apabila berhadapan dengan kerenah staf dan anak buah.

  • Mampu memimpin organisasi atau unitnya dengan berkesan dan cemerlang dan dengan semangat "kesejawatanan" yang tinggi akhirnya dapat melahirkan 'sekolah berwatak' yang ditunjukkan dalam semua aspek iklim sekolah yang unggul dan berkesan.

  • Mampu menyumbang buah fikiran, tenaga dan kepakaran serta bakat istimewa yang dimiliki bagi membantu sekolah-sekolah atau rakan-rakan yang lain di peringkat kelompok atau pun daerah.

Iklim Sekolah

Selaku seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, kita merupakan orang penting (selepas Guru Besar) yang dijangkakan dapat membantu dan membimbing guru-guru dan murid-murid kita mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik melalui portfolio yang kita sandang. Di samping organisasi pengajaran yang merupakan 'teras' kepada matlamat  dan objektif mengapa sesebuah sekolah tu diwujudkan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu berfungsi membina dan memupuk iklim sekolah yang sihat, kondusif, ceria, bersih, cantik, kemas, seronok, selamat serta menjadi kebanggaan guru dan murid. Unsur-unsur tidak formal dan normatif di sekolah seperti disebutkan itu amat mempengaruhi malah menyokong pembelajaran serta pembentukan sikap diri insan yang amat tinggi nilainya. Sewajarnyalah kita membetulkan sikap dan tingkah-laku terutamanya dari segi penyempurnaan tugas-tugas seharian kita di sekolah.

Kepemimpinan yang paling berkesan ialah kepemimpinan melalui teladan. Oleh itu sebelum memimpin orang lain, pimpinlah diri kita dahulu. Di sinilah sikap dan ketrampilan kita dalam memberi teladan kerja memainkan peranan penting dalam membentuk dan memupuk 'school-wide improvement' yang melibatkan semua orang dan berjalan secara berterusan.

Mencapai tahap pengurusan atau budaya kerja yang berkualiti tinggi memerlukan satu kekuatan jiwa dan mental bagi melakukan perubahan dan menangani kemelut dan konflik yang sama ada telah lama wujud atau yang baru 'diimport' yang terdapat di sekolah kita sekarang. Menangani perubahan tidak bermakna sekadar 'bertukar sekolah' tetapi kita masih tidak ' bertukar sikap, pemikiran dan amalan' kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Menangani perubahan memerlukan penglibatan semua orang di sekolah. Salah satu pengaruh menghalang pelaksanaan pembaharuan ini adalah pengaruh negatif kumpulan tidak formal (informal group) di kalangan guru-guru atau kakitangan bukan guru yang lain di sekolah.

Tidak sukar mencapai keberkesanan kerja-buat atau mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita kepada 'kerja sebagai ibadah' atau 'amalan soleh' dalam hubungan tugas-tugas hakiki kita selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah jika kita membetulkan dan memperluas konsep 'ibadah' dan 'amal soleh' itu sendiri.

Prof. Hassan Langgulung (1991) menyebut; "Sebagai contoh apa yang dimaksudkan daripada ungkapan itu adalah pandangan yang menyeleweng tentang makna "soleh". Pengertian manusia soleh, sepeti yang kita fahami sekarang adalah orang yang tidak mencuri, tidak minum arak, tidak berzina dan lain-lain. Sekan-akan kita lupa sama sekali tentang apa dia akhlak yang luhur itu. Seakan-akan akhlak yang luhur dan mulia itu  sekadar menjauhi perkara-perkara haram itu. Sedang akhlak luhur seperti kesungguhan, kesiapsiagaan, disiplin, tolong-menolong dan lain-lain tidak bermakna apa-apa. Kenapa?"

Majid Ersan Al-Kailani dalam bukunya Mendidik Peribadi Muslim (1997) mentakrifkan 'amalan soleh' sebagai:

   "Amalan soleh bukan sahaja terbatas kepada berbuat kebajikan dan memberi manfaat; akan tetapi ia juga menolak hal yang buruk dan mengatasi bahaya. Amalan soleh, dengan demikin, terbahagi kepada dua, iaitu amalan dengan tujuan memberi manfaat kepada umat manusia dan di redhai Allah s.w.t., dan amalan dengan tujuan mengenepikan bahaya daripada umat manusia dan kemurkaan Allah s.w.t. Manusia yang melaksanakan dua bahagian amalan soleh ini disebut sebagai orang soleh dan muslih (baik sekaligus memperbaiki), manakala orang yang hanya mengerjakan bahagian pertama disebut sebagai orang soleh sahaja."

Cabaran kerja kini memerlukan setiap penjawat awam memperlengkapkan diri masing-masing bukan sahaja dalam aspek-aspek profesionalisme tetapi juga dalam aspek-aspek pengurusan yang bekesan, kemahiran interpersonal, pengurusan konflik dan 'stress' dalam kerjaya dan kehidupam sosial dan peribadi, yang boleh membantu kita selaku penolong kanan yang mempunyai ciri-ciri integriti, watak dan jatidiri yang dapat menjadi role-model dan sumber inspirasi kepada seluruh warga organisasi di mana kita bertugas.

Penutup

Begitu besar dan beratnya amanah dan tanggungjawab yang kita pikul selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  di sekolah hendaklah benar-benar diinsafi. Saiz sekolah bukan jadi ukuran; tidak juga dijadikan alasan untuk tidak menyempurnakan amanah, tanggungjawab atau pun tugasan. Betapa kecil sekolah yang kita tadbirkan atau betapa sekali pun keadaan rupa fizikal sekolah kita, tidak patut sama sekali kita meremehkan bidang tugas dan tanggungjawab hakiki kita. Apa yang perlu kini ialah kita mengubah paradigma dan pemikiran, menambah ilmu pengetahuan dan paling penting mengamalkan apa yang kita sudah pelajari dan buktikannya melalui kerja-buat kita setiap waktu dan ketika.

Tak tahu dan tak pandai hendak melakukan sesuatu boleh dipelajari, tetapi jika sudah tahu dan sudah pandai tapi tak mahu buat kerja amatlah malang sekali. Ringkasnya sekadar tahun dan 'mengaku pandai' tidak ada gunanya; yang penting apa yang dibuat dan apa yang diurus, dan apa yang telah kita buktikan melalui kerja-kerja kita selama ini. Bruce Lee seorang aktor kung fu terkenal pernah disebut sebagai berkata: "Knowing is not enough, you must apply. Willing is not enough, you must do".

Buatlah refleksi diri masing-masing agar segala kelemahan dan ketidakketrampilan kita sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dapat diatasi dan perbaiki ke tahap yang paling tinggi. Sepatutnya tidak wujud lagi ulasan dan teguran daripada 'stakeholders' kita berhubung dengan pengurusan hal ehwal murid yang sering dilaporkan tidak cekap, tidak berkesan, lewat malah terus tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun perkara-perkara tersebut berulang kali diutarakan di dalam setiap taklimat, bengkel atau mesyuarat yang dikelolakan sama ada oleh Jabatan Pendidikan Pahang atau pun Pejabat Pendidikan Daerah sendiri.ٱPengurusan Berkualiti Menyeluruh

Buatlah refleksi diri masing-masing agar segala kelemahan dan ketidakketrampilan kita sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dapat diatasi dan perbaiki ke tahap yang paling tinggi. Sepatutnya tidak wujud lagi ulasan dan teguran daripada 'stakeholders' kita berhubung dengan pengurusan hal ehwal murid yang sering dilaporkan tidak cekap, tidak berkesan, lewat malah terus tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun perkara-perkara tersebut berulang kali diutarakan di dalam setiap taklimat, bengkel atau mesyuarat yang dikelolakan sama ada oleh Jabatan Pendidikan Pahang atau pun Pejabat Pendidikan Daerah sendiri.ٱ

[Petikan daripada laman web Memoriku]

Debt Settlement
Jumlah Pelawat

Kembali Ke Paparan Induk