|
RUJUK TUGAS -TUGAS GURU BESAR
Guru Besar: A. Pentadbiran: Dalam bidang
pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: 1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam
jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. 2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan
yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. 3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan,
persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. 4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan
perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. 5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian
kakitangan di sekolahnya. 6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan
sekolahnya. 7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. 8. Menyimpan dan menyelenggarakan
rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. 9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan
Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. 10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan
dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 11. Menentukan sistem
penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin
sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. 13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan
itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib
Sekolah. 15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur
dan berkesan. 16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan. 17.
Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia
atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
B. Kewangan: 1. Menyediakan anggaran belanjawan
sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita
dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. 3. Menentukan segala kutipan atau
yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. 4. Merancang dan menguruskan segala bentuk
pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. 5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan
dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. 6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang
Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. 7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan
untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. 8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar
sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. 9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut
Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 10. Menentukan buku stok yang disimpan
dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. 11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan,
elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. 12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan
sempurna mengikut peraturan yang ada. 13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan
bahwa semuanya itu berjalan lancar.
C. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Melaksanakan
pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. 2. Mengambil langkah-langkah
penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. 3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek
pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. 4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan
dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.
D. Pembangunan Kakitangan: 1. Merancang dan melaksanakan
program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya. 2. Mengadakan 'in house training', kolokium,
mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya. 3.
Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
E. Mengajar: 1. Mengajar sekurang-kurangnya
sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.
F. Kurikulum: 1. Menentukan pelaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan. 2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran
atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. 3. Merancang dan memastikan pelaksanaan
sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna. 4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran
di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan. 5. Menubuhkan panitia mata pelajaran
atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. 6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata
pelajaran jika difikirkan perlu. 7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai
usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. 8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab
terhadap perkembangan dan kemajuannya. 9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang
akademik.
G. Ko-Kurikulum: 1. Memastikan penubuhan persatuan,
dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam. 2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu
berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal. 3. Menentukan
perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan
juga pasukan unit berunifom.
H. Hal Ehwal Pelajar: 1. Menubuhkan Lembaga
Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. 2. Menetap dan menggariskan
satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar. 3. Menubuhkan sebuah
Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus
dalam akademik dan sukan. 4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas
dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil. 5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan
yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa
dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).
I. Pengawasan Dan Penyeliaan: 1. Menjadi tugas
dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. 2.
Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal,
kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar. 3. Bertanggungjawab dalam
memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam
pelaksanaan tugas-tugas mereka. 4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan
tugas-tugas mereka. 5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi
lebih berkesan dan menyeronokkan. 6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat
pada setiap hujung tahun.
1.0
PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS
1.1 |
Penyelia
dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif
Pendidikan Negeri dan negara. |
1.2 |
Menentukan
sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual
waktu, penugasan guru dan sebagainya. |
1.3 |
Menentukan
kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar. |
1.4 |
Menentukan
polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan. |
1.5 |
Menyelia
proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP. |
1.6 |
Memeriksa
buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa. |
1.7 |
Menentukan
polisi untuk aktiviti ko-kurikulum. |
1.8 |
Membaca
dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan kepada guru dan pelajar. |
1.9 |
Mengajar
sebilangan waktu. |
2.0
PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID
2.1 |
Menentukan
polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin,
berjumpa dengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya. |
2.2 |
Melaksanakan
projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilai keberkesanannya. |
3.0
PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)
3.1 MURID-MURID
3.1.1 |
Menyelia
pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid. |
3.1.2 |
Menyelia
buku jadual kedatangan murid. |
3.1.3 |
Menyelia
pemberian bantuan kepada murid-murid. |
3.1.4 |
Menyelia
Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak. |
3.1.5 |
Menentukan
polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid. |
3.1.6 |
Menyemak
dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan. |
3.1.7 |
Memastikan
program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid. |
3.1.8 |
Bertanggungjawab
ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid. |
3.1.9 |
Bertanggungjawab
ke atas keselamatan murid di sekolah. |
3.2 PENGURUSAN PERSONEL
3.2.1 |
Menentukan
pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah. |
3.2.3 |
Menolong
kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. |
3.2.3 |
Menentukan
tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. |
3.2.4 |
Mengambil
tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya. |
3.2.5 |
Menjaga
kebajikan kakitangan. |
3.3
KEWANGAN
3.3.1 |
Mengawal
dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekod akaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan. |
3.3.2 |
Mengemas
kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit. |
3.3.3 |
Mengawal
stok-stok dan harta benda sekolah. |
3.3.4 |
Mengawal
perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif. |
3.4
KEMUDAHAN FIZIKAL
3.4.1 |
Memastikan
keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik. |
3.4.2 |
Mempertingkatkan
keceriaan dan kecantikan sekolah. |
3.4.3 |
Menyelia
dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah. |
3.4.4 |
Memastikan
perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan. |
3.4.5 |
Menyelia
dan mengawal sistem pencegahan kebakaran. |
3.4.6 |
Bertanggungjawab
ke atas harta benda sekolah. |
4.0
PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)
4.1 |
Merancang
dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman, perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari
maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri. |
4.2 |
Mengawal
`learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian, data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk
pembangunan `learning experiences’ murid. |
4.3 |
Melaksanakan
kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru. |
4.4 |
Penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti. |
5.0
PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
5.1 |
Membaca
makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus, seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan
sekerja. |
5.2 |
Menjalankan
kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan. |
5.3 |
Menerbit
artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas. |
|
|