PENTADBIR
A. Bidang Tugas:
1. Melaksana dan menjalankan
segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut
arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait
dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru
Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar
dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan,
pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.
B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan
semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan,
semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran
itu dilaksanakan secara teratur dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat
sumber, makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan
baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam
menjalankan tugas-tugas harian mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum
dan mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan,
penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan
Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan
menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.
C. Pentadbiran:
1. Membantu bagi menentukan
beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan,
kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data,
maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan
program aktiviti sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu
dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7.
Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan
yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
10.
Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.
D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:
1. Membantu
dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah
dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.
E. Keselamatan:
1. Merancang segala langkah
keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan
mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.
F. Kantin:
1 Membuat penyeliaan kantin sekolah
bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
G. Buku Teks:
1 Menentukan pemilihan dan penggunaan
semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.
H. Tugas-Tugas Lain:
1. Menjadi ahli
jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2.
Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian
Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan
oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
- KURIKULUM
1.1 |
Menyedia
dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktu gantian. |
1.2 |
Pengajaran
dan pembelajaran. |
1.3 |
Penyeliaan
dan penilaian. |
1.4 |
Perlaksanaan
kursus pengajian. |
1.5 |
Menentukan
rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan. |
1.6 |
Memastikan
perjalanan panitia mata pelajaran. |
1./ |
Bimbingan
dan latihan kepada guru-guru baru. |
1.8 |
Kajian
laporan kurikulum. |
1.9 |
Perancangan
dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian. |
1.10 |
Menyelaras
program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN – UPSR. |
2.
- PENGURUSAN
2.1 |
Membantu
dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan. |
2.2 |
Membantu
menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru / kakitangan. |
2.3 |
Membantu
menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan. |
2.4 |
Membantu
merancang takwim sekolah. |
2.5 |
Membantu
menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan. |
2.6 |
Membantu
menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah. |
2.7 |
Menyelaras
semua jenis kutipan yuran. |
2.8 |
Menjadi
ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah. |
4.
- PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD)
3.1 |
Membantu
merancang dan menyelia program budaya sekolah – keceriaan / keindahan / kebersihan sekolah. |
3.2 |
Merancang
langkah-langkah keselamatan – mencegah kebakaran. |
3.3 |
Mengadakan
kursus motivasi murid. |
6.
- PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)
8.
- PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY)
5.1 |
Hubungan
ibu bapa / masyarakat. |
5.2 |
Mengadakan
kursus / latihan untuk personel. |